Tiger Airways
Tiger Airways

Tiger Airways

Tiger Airways Singapore Pte Ltd (SGX: J7X), beroperasi sebagai Tiger Airways Singapore, adalah sebuah syarikat penerbangan tambang murah berpengkalan di Singapura. dengan hab utamanya di Lapangan Terbang Changi. Ditubuhkan pada September 2003, Tiger Airways adalah syarikat penerbangan kos rendah yang terbesar di Singapura berdasarkan jumlah penumpangnya. Pada 2006, ia telah melayani 1.2 juta penumpang, penumbuhan 75% dari tahun yang lepas.[2]Tiger Airways adalah penerbangan pertama yang beroperasi dari Terminal Bajet di Lapangan Terbang Changi bagi mencapai jimatan dalam kos pengendalian.[3]. Walaupun terdapat saingan dari syarikat-syarikat penerbangan serantau, ia masih ingin memberi fokus kepada penerbangan ke destinasi-destinasi yang mengambil masa 5 jam dari habnya, Singapura.[4]Penerbangan ke India dimulakan pada Oktober 2007, dan terdapat rencana untuk berkembang ke Malaysia.[5][6] Rencana awal untuk mendirikan sebuah hab di Manila (Clark) digantung. Penerbangan ini telah merauh keuntungan sebanyak SGD$1 juta untuk suku tahun yang berakhir pada 30 September 2007.

Rujukan

WikiPedia: Tiger Airways http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,20867... http://www.smh.com.au/news/business/tiger-airways-... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.airbus.com/en/presscentre/pressreleases... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu...